Linda Helmi

Linda Helmi (lahir Norlida Ahmad; 1961–21 Jun 2016) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia, berasal dari Kuala Kangsar, Perak.[1][2]Beliau terkenal dengan watak antagonis sepanjang kerjayanya dan pernah memenangi trofi Pelakon Pembantu Terbaik (Wanita) di Anugerah Skrin 1996 menerusi drama Ribuan Mimpi-mimpi (1995).[1]Kerjayanya mula berkembang apabila drama Spektra yang dibintanginya menduduki penarafan tinggi dan disiarkan di Radio Televisyen Malaysia (RTM).[1] Namanya turut dikenali ramai menerusi drama bersiri Pendekar, yang disiarkan selama tiga tahun berturut-turut di RTM. Sebagai penyanyi, beliau pernah merakamkan album bersama kumpulan The Rolling 60's pada tahun 1994.[1]Beliau menghembuskan nafas terakhir di Hospital Taiping, Perak, kira-kira jam 4.30 petang pada 21 Jun 2016 berikutan komplikasi hati pada usia 55 tahun. Allahyarham meninggalkan tiga orang anak serta seorang cucu. Jenazahnya dibawa ke kediaman ibunya di Lubuk Merbau, Kuala Kangsar dan disemadikan pada 22 Jun.[1]